Tags
amalan harian, amalan harian sepanjang zaman, bismillahillazi, doa, doa pelindung, gangguan, gangguan makhluk halus, hasbiAllahu, laqodjaa akum, lauanzalna, mimpi, sembahyang, sunyi
Baru-baru ni, kite ada baca post dari seorang teman yang agak kerap diganggu makhluk halus. Kasihan dia. Dan rupa-rupanya anak saudara kite pon selalu mengalami mimpi berupa gangguan dari makhluk halus.
Jadi kat sini, kite nak berkongsi dengan semua satu amalan doa perlindungan dari gangguan iblis & setan semoga dengan izin Allah dijauhi dari gangguan makhluk yang tidak diundang kehadirannya itu.
Sebenarnye amalan doa ini pernah diajar oleh ibu saudara kite di Solok Biak, Tanjong Kling, Melaka. Kite panggil beliau, Auntie. Teringat lagi masa tu kite masih muda remaja, kami sekeluarga melawat Auntie di rumahnya. Arwah mak kite mengadu kat Auntie dia sunyi, takde kawan. Ketika itu arwah abah sudah meninggal dunia. Kesian arwah mak, berasa sunyi dengan ketiadaan arwah abah. Walaupun anak-anak ada di sekeliling beliau, masih terasa sunyi. Jadi, Auntie kite pon ajar arwah mak amalan doa ni. Kite pon ade kat situ dan tolong catit untuk arwah mak. Tapi kite tak amalkan pon, sebab mase tu kite eksyen… 😛 (Adakah patut?…) Eh, bukan eksyen..ish..ish..ish..nauzubillah.. tapi iyela, remaja kan, tak kena tak ingat…muhuhuhu..
Time past by… Can’t remember how it started, but alhamdulillah kite terjumpa balik amalan doa ni daripada Buku ‘Amalan Sepanjang Hayat’. Buku ni dihadiahkan oleh MyHusband masa baru mula berkahwin. Pada masa tu kulit buku ni berwarna biru tua, tapi sekarang dan dikemaskini dan bertukar rupa. Buku ni disemak semula oleh Al Ustaz Dato’ Hj. Ismail Kamus. Antara kandungan buku ialah:
- Amalan-amalan sunat mengikut taqwim Islam
- Wirid selepas sembahyang fardhu
- Doa-doa selepas sembahyang fardhu
- Cara-cara mengkhusyukkan sembahyang
- Wirid-wirid harian, dan lain-lain lagi
Buku ini sangat awesome! 🙂
Kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkan buku ni, boleh pi kat TESCO Ampang kat gerai-gerai kecil dekat-dekat dengan KFC. Setakat ni kite jumpe kat situ, tapi rasanya kat kedai-kedai buku lain pon mesti ada.
Amalan Doa Pelindung dari gangguan Iblis/Syaitan
Sumber: Amalan Harian Sepanjang Zaman
Bismillahirrahmanirrahim..
Baca setiap kali selepas sembahyang fardhu:
1) Baca 3 kali
2) Baca 1 kali
Bermaksud: Penolongku ialah Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkan Dia, kepadaNya jua aku berserah dan Dialah pemelihara Arasy yang besar.
3) Baca 1 kali
Bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu nabi Muhammad) yang menjadi sangat keberatan kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Kemudian jika sekiranya mereka berpaling (ingkar) maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yag menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia, kepadaNya aku berserah diri, Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.”
Baca setiap kali selepas sembahyang fardhu Subuh & Asar:
4) Baca 3 kali
Bermaksud: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyu’ serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; yang menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Melimpahkan Keamanan. Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Maha Melengkapi segala kebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutu denganNya.
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk, Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbihlah kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah Yang Tidak ada tolok bandingnya, lagi Maha Bijaksana.Â
Wallahu A’lam.