Tags

, , ,

Assalamualaikum dan salam ceria! ๐Ÿ™‚

Yeay seronoknye, hari ni dah hari Jumaat, penghulu segala hari, hari yang paling mulia dan paling agung.

Esok hari Sabtu, cuti. Yeay lagi! ๐Ÿ˜‰

Nuha kadang-kadang dia akan tanya kite, “Ummi, esok ummi cuti ke, kerja?” Alahai, mesti Nuha tak sabar-sabar nak tunggu ummi cuti kan? Ummi pun sama jugak, nak. Tak sabar-sabar nak tunggu cuti hujung minggu. ๐Ÿ™‚

Oke, bersempena hari Jumaat yang mulia ini, kite ingin ambil kesempatan untuk berkongsi amalan baik yang boleh menambah pahala kebaikan. Sebaiknya amalan itu mesti dilakukan berterusan.

“Sesungguhnya amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” ~(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dianjurkan Membaca Surah Al-Kahfi pada Malam Jumaat dan Siangnya.

Sumber: http://www.voa-islam.com ~ Badrul Tamam

Dari Abu Sa’id al-Khudriย radliyallahu ‘anhu, dari Nabiย shallallahu ‘alaihi wasallamย bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ูŽู‚ูŽุฑูŽุฃูŽ ุณููˆู’ุฑูŽุฉูŽ ุงู„ู’ูƒูŽู‡ู’ูู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฌูู…ู’ุนูŽุฉู ุฃูŽุถูŽุงุกูŽ ู„ูŽู‡ู ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ููˆู’ุฑู ูููŠู’ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽู‡ู ูˆูŽุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุงู„ู’ุจูŽูŠู’ุชู ุงู„ู’ุนูŽุชููŠู’ู‚ู

Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumโ€™at, maka dipancarkan untuknya Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menyinarinya dengan cahaya antara dia dan Baitul ‘atiq.” (Sunan Ad-Darimi, no. 3273. Juga diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ al-Shaghir, no. 736)

Dalam riwayat lain, “Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada malam Jumโ€™at, akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum’at.” (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249)

Imam Al-Syafi’iย rahimahullahย dalamย Al-Ummย menyatakan bahwa membaca surat Al-Kahfi dilakukan pada malam Jum’at dan siangnya berdasarkan riwayat tentangnya. (Al-Umm, Imam al-Syafi’i: 1/237).

Wallahu a’lam. ๐Ÿ™‚

Advertisements