Tags

, , , , , , , , ,

Assalamualaiku dan salam sejahtera semua 🙂

Boleh kite tahu kat sini siapa yang kerap mengalami sakit kepala atau migrain? Tentu rasa berdenyut-denyut kepala otak kan? Kite jarang kena sakit kepala melainkan kalau kurang tidur (terutama semasa dalam pantang). Tapi MyHusband selalu kena sakit kepala. Sikit-sikit sakit kepala, pastu minta kita picitkan. Bila ditanya betul-betul sakit kepala ke atau mengada-ngada? Dia cakap sakit manja….Ooo sakit kepala manja…ermm…tidak mengapalah..Risau jugak kan kalau selalu sakit kepala. Mesti mendapatkan rawatan yang sewajarnya ye semua kalau kite kerap sakit kepala..

Melalui pembacaan kite pada buku ‘Rasulullah is My Doc’ ada rawatan untuk sakit kepala. Jadi kite ingin berkongsi dengan semua, mudah-mudahan sembuh dengan izin Allah.. 🙂

Sakit Kepala/Migrain

Sumber: ‘Rasulullah is My Doc’ ~ Jerry D. Gray

Kaedah 1

Sapu minyak biji jintan hitam di dahi, belakang telinga dan bahagian belakang leher.

Kaedah 2 (Migrain)

Ikat skarf/bandana pada kepala dengan kemas. Sekiranya kepala terasa kebas kerana ikatan terlalu ketat, lepaskan ikatan selama setengah jam dan ikat lagi sekiranya diperlukan.

Kaedah ini begitu efektif bagi menghentikan atau paling tidak mengurangkan migrain. Ikatan bandana di kepala adalah langkah penting dalam penyembuhan migrain dan sakit kepala kerana ketegangan.

Kaedah 3 (Migrain)

Mengambil biji jintan hitam dan madu sebagai suplemen kesihatan harian. Minimum dua hingga tiga kali ketika mengalami migrain. Penulis sendiri berpengalaman mengambil lima hingga tujuh kapsul biji jintan hitam.

Kaedah 4

Melakukan bekam. Rawatan ini perlu dilakukan segera bagi menghentikan migrain. Penulis sendiri berpengalaman melakukan bekam dan ternyata rasa sakit berkurangan bahkan hilang sama sekali selepas berbekam. (Nanti di entri yang lain kite akan berkongsi kaedah berbekam pula ye).

Kaedah 5

Campurkan pati lemon ke dalam air teh panas tanpa susu, dan minum pada setiap hari.

Kaedah 6

Letakkan secubit garam pada lidah untuk beberapa minit. Kemudian minum segelas air sejuk. Kadangkala cara ini dapat menghilangkan sakit kepala.

Kita boleh memilih mana-mana kaedah yang bersesuaian mengikut tubuh badan kita. Sesungguhnya setiap kaedah In shaa Allah dapat menyembuhkan sakit kepala. 🙂

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang meyembuhkan aku.” ~ Surah As-Syu’arak, ayat 80)

Advertisements