Tags

, , , , , , , ,

Assalam dan selamat sejahtera semua.

Masih ingatkah dengan Cabaran 60kg pada entri yang lepas. Agaknya adakah di antara kalian yang tertanya-tanya apakah cara yang digunakan dalam buku “Rasulullah is My Doc” dalam menangani isu berat badan? πŸ™‚

Aha, pada entri kali ini kite akan berkongsi dengan semua bagaimana nak menurunkan berat badan menggunakan ramuan semulajadi. Tapi dengan satu syarat mesti dilakukan secara konsisten ye. Disiplin diri itu penting ye semua. πŸ™‚

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu semua yang ingin kekal sehat dan menarik.

Kite masih dalam usaha menyahut Cabaran 60kg. Jangan ditanya sudah berapa kg yang kurang, itu rahsia. Semoga kita sama-sama sukses dalam misi kita ye.

Penurunan Berat Badan/Mengawal Obesiti

Sumber: “Rasulullah is My Doc” ~ Jerry D. Gray

Kaedah 1

  1. Madu
  2. Serbuk kayu manis yang dididihkan dengan satu cawan air

Minum madu dan air serbuk kayu manis pada waktu pagi setiap hari, setengah jam sebelum makan (ketika perut kosong). Dan pada waktu malam (sebelum tidur).

Lakukan secara konsisten.

Khasiat:

  1. Dapat mengurangkan berat badan walaupun orang gemuk.
  2. Menjaga pengumpulan lemak pada tubuh walaupun kita mengambil pola pemakanan yang mengandungi kalori tinggi.

Kaedah 2

Campurkan pati lemon segar dengan 4 sudu madu ke dalam gelas. Minum ramuan ini setiap hari dalam keadaan perut kosong. Sebaiknya minum jus lemon panas pada setiap malam, berat badan mudah turun sebanyak 1.5 kilogram dalam masa seminggu.

Secara peribadi kite berpendapat boleh mengabungkan kedua-dua kaedah mengikut kesesuaian badan seseorang. Semoga berjaya semua!

InsyaAllah dengan izin Allah… πŸ™‚

Advertisements