Tags

, , ,

Hari ini dengan izin-Nya kite berpeluang membaca pengalaman hidup rakan blogger lain yang dianugerahkan Allah satu keistimewaan dalam dirinya iaitu sifat kesabaran yang tinggi.

Jika nak dibandingkan dengan ujian yang Allah beri kepada kite, rupenye hanyalah sekelumit berbanding insan lain..SubhanAllah..

Kite doakan semoga insan-insan yang kuat semangatnya ini sentiasa dirahmati dan diberkati hidupnya oleh Allah.

Teringat mase membaca kisah Talib & Norma kat Moon punyer blog . Sambil baca, sambil kite mengalir air mata. Terasa sangat hiba hingga takde mood nak terus bekerja hari tu.

Kemudian daripada blog I’m Yours hasil nukilan Nurul Azri turut mengharukan..betapa tabahnye beliau berjauhan dengan suami tercinta selama berbulan-bulan kerana tuntutan kerja…biase kite dengar istilah ‘weekend couple’ kan. Tapi kalau macam ni nak gelar ape ek..

Dan dari blog I’m Yours kite telah membaca blog Encik Abil, Warkah Buat Isteri..isk..isk..isk..sangat-sangat menyentuh perasaan..Betapa hebatnya ujian, betapa teguhnya hati dan perasaan Encik Abil tatkala diuji oleh Allah.

Syukur, melalui pembacaan kite, kite dapati mereka-mereka ini semakin diuji semakin dekat denganNya..Itulah doa kite juga, semoga Allah kuatkan iman kite, suami dan keluarga. Amiin..

Advertisements